Nuffnang ads

19 March 2012

Personal Test - ujian dementia




Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!
Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda......

Ready? GO!!! (lihat bawah)
Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?



Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....

Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..




~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .

Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda Nono? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:
Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?




~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.

16 March 2012

Taktik Perompak! Terkini!

Berhati - hatilah selalu tidak kira la lelaki atau perempuan. Pelbagai taktik di lakukan untuk merompak. ni salah satu nya. Hati-hati ye kalau bawa duit banyak sorang-sorang.




P/s: Sesiapa yang agak kaya tu kalau nak keluar duit tu low profile la sikit..hehe!

13 March 2012

Deleting a Dialer in Windows 7

Deleting a Dialer in Windows 7
NOTE: Please log in as an Administrator before making any changes. This is because under Normal User Mode, the user won’t have any administration rights and therefore cannot change system settings.


Step 1:
Go to Start, and select Control Panel.





Step 2:
Click on Network and Internet.





Step 3:
Click on Network and Sharing Center.





Step 4:
Click on Change adapter settings.





Step 5:
Delete any unwanted dialers.








Selamat mencuba!



Kisah Dirang @ Nurul Nadirah

Kekejaman manusia pada harini meningkat dengan kejadian-kejadian bunuh yang membabitkan warga emas,kanak-kanak, lelaki,wanita,warga tempatan mahupun warga asing yang selalu kita dengar dan lihat dari media massa. Di manakah keprihatinan kita sebagai seorang manusia? Sungguh menyedihkan apabila cerita yang baru-baru ni aku baca tentang budak kecil baru berumur 5 tahun bernama nurul nadirah @ dirang yang hilang pada 1 MAC 2012 yang lalu.



Dimana keprihatinan ibu bapa terhadap kes-kes sebegini? sejak dari dulu lagi sudah terpampang kisah tentang kes penculikan, bunuh kanak-kanak dan pelbagai lagi. Tetapi masih ada lagi ibu bapa yang mengambil mudah dan sambil lewa tentang perkara sebegini! Contoh adik dirang ini baru berusia 5 tahun yang baru mengenali dunia di lepaskan tanpa pengawasan. Apa yang mereka tahu? apabila di hampiri oleh orang yang tidak dikenali dan diberi sesuatu yang mungkin menarik hati beliau untuk mengikuti seseorang itu? Kesudahannya? Dia dibunuh dan mayatnya dibakar, apakah penderitaan yang dilalui oleh beliau? Moga adik Nurul Nadirah ditempatkan di Syurga hendaknya. AL-Fatihah buat beliau.


P/s: rogol,bunuh dan bakar sudah menjadi trend untuk menghapuskan bukti dan jejak , manusia zaman ini makin kejam, tolong jaga keselamatan anak-anak anda walau dimana jua.

Lawak cikgu




Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


p/s: ikut salah tak ikut pun salah juga?? hehe.

12 March 2012

PERSONALITI DARI KIRAAN TARIKH LAHIR

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-
nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh:
12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 
1 + 9 + 9 + 0 = 19 
1 + 9 = 10 
1 +0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang
tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh
mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil
inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik
mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin
baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,
Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,
Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka
terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira
dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat a nalitikal dan suka
mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan
adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk
berjaya di dalam hidup; tetapi mereka

sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak
serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar
untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan
secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill
Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus
Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan
idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih
realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann
Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan
dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham
sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka
bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. -
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian
dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan
adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik
terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond,
Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin tahu dan suka m engambil risiko serta sangat bersemangat
(enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. -
Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang
untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. -
Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu
kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,
Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk
berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat
mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka
sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat
setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. -
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang
tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein,
Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie
Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan
mudah. - Perasaan m ereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. -
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi
mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli
falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. -
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk
menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. -
Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu
belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah
profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. -
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam
suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan
manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan
memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka
adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan
keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha
Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
 - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan
orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya
tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap
asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. -
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib
yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis
Presley.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...