Nuffnang ads

12 April 2012

4 fakta tentang mata dan lidah



4 fakta tentang mata dan lidah:
Fakta 1 :
Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa…

 Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan kurang cerdiknya mempraktikkannya

Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda akan tertawakan diri sendiri

Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat utk copy lawak kurang cerdik ni kpda geng korang yg lain untuk kenakan diaorang seperti korang yg telah terkena..


p/s: jangan marah haa... nanti kena juai... hehe..

04 April 2012

Taktik Perompak! Terkini 2




Ini Bukan Gurauan..

Sedarlah semua! Tolong sebarkan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

02 April 2012

Internet paling Laju

Internet paling laju di dunia? Sepantas manakah internet di rumah @ di tempat kerja korang?
Macam mana kalau korang dapat kelajuan internet berkelajuan seperti yang ada dalam gambar ni??
Download? Streaming? Browsing? Berblogging?
Semua terletak ditangan korang yang nak menaip tuh! hehe...





p/s: editing di buat hanya pada gambar result speedtest sahaja yang lain original

19 March 2012

Personal Test - ujian dementia




Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!
Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda......

Ready? GO!!! (lihat bawah)
Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?



Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....

Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..




~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .

Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda Nono? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:
Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?




~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.

16 March 2012

Taktik Perompak! Terkini!

Berhati - hatilah selalu tidak kira la lelaki atau perempuan. Pelbagai taktik di lakukan untuk merompak. ni salah satu nya. Hati-hati ye kalau bawa duit banyak sorang-sorang.




P/s: Sesiapa yang agak kaya tu kalau nak keluar duit tu low profile la sikit..hehe!

13 March 2012

Deleting a Dialer in Windows 7

Deleting a Dialer in Windows 7
NOTE: Please log in as an Administrator before making any changes. This is because under Normal User Mode, the user won’t have any administration rights and therefore cannot change system settings.


Step 1:
Go to Start, and select Control Panel.





Step 2:
Click on Network and Internet.





Step 3:
Click on Network and Sharing Center.





Step 4:
Click on Change adapter settings.





Step 5:
Delete any unwanted dialers.








Selamat mencuba!



Kisah Dirang @ Nurul Nadirah

Kekejaman manusia pada harini meningkat dengan kejadian-kejadian bunuh yang membabitkan warga emas,kanak-kanak, lelaki,wanita,warga tempatan mahupun warga asing yang selalu kita dengar dan lihat dari media massa. Di manakah keprihatinan kita sebagai seorang manusia? Sungguh menyedihkan apabila cerita yang baru-baru ni aku baca tentang budak kecil baru berumur 5 tahun bernama nurul nadirah @ dirang yang hilang pada 1 MAC 2012 yang lalu.



Dimana keprihatinan ibu bapa terhadap kes-kes sebegini? sejak dari dulu lagi sudah terpampang kisah tentang kes penculikan, bunuh kanak-kanak dan pelbagai lagi. Tetapi masih ada lagi ibu bapa yang mengambil mudah dan sambil lewa tentang perkara sebegini! Contoh adik dirang ini baru berusia 5 tahun yang baru mengenali dunia di lepaskan tanpa pengawasan. Apa yang mereka tahu? apabila di hampiri oleh orang yang tidak dikenali dan diberi sesuatu yang mungkin menarik hati beliau untuk mengikuti seseorang itu? Kesudahannya? Dia dibunuh dan mayatnya dibakar, apakah penderitaan yang dilalui oleh beliau? Moga adik Nurul Nadirah ditempatkan di Syurga hendaknya. AL-Fatihah buat beliau.


P/s: rogol,bunuh dan bakar sudah menjadi trend untuk menghapuskan bukti dan jejak , manusia zaman ini makin kejam, tolong jaga keselamatan anak-anak anda walau dimana jua.

Lawak cikgu




Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


p/s: ikut salah tak ikut pun salah juga?? hehe.

12 March 2012

PERSONALITI DARI KIRAAN TARIKH LAHIR

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-
nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh:
12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 
1 + 9 + 9 + 0 = 19 
1 + 9 = 10 
1 +0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang
tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh
mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil
inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik
mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin
baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,
Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,
Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka
terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira
dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat a nalitikal dan suka
mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan
adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk
berjaya di dalam hidup; tetapi mereka

sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak
serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar
untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan
secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill
Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus
Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan
idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih
realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann
Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan
dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham
sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka
bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. -
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian
dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan
adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik
terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond,
Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin tahu dan suka m engambil risiko serta sangat bersemangat
(enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. -
Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang
untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. -
Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu
kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,
Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk
berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat
mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka
sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat
setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. -
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang
tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein,
Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie
Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan
mudah. - Perasaan m ereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. -
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi
mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli
falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. -
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk
menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. -
Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu
belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah
profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. -
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam
suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan
manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan
memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka
adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan
keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha
Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
 - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan
orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya
tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap
asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. -
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib
yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis
Presley.

02 February 2012

Negative + true Colors

Apa yang korang akan buat lepas ni adalah salah satu ilusi mata yang akan Blow your mind!
Ok! apa yang korang kena buat adalah tenung/pandang/tengok/lihat titik yang berwarna merah tersebut yang berada di hidung perempuan tu selama 30 saat, kalau nak lebih lantak korang lah! hehe.. 
Selepas tu korang di kehendaki mengalihkan pandagan korang dekat kertas putih kosong ataupun tempat yang ada ruangan putih,dinding pun boleh! dan korang akan dapat result. Cubalah!




Macam mana ia terjadi?
Bila merenung cukup lama pada sesuatu objek dan photoreceptors mata (terutamanya sel-sel kon yang sensitif warna) kehilangan sensitiviti dari berlebihan.Bila alihkan mata ke ruang kosong, dan sel-sel kon sekitar menghantar isyarat yang lebih kukuh. Otak menafsirkan percanggahan ini sebagai melihat bertentangan dengan warna yang tepat, dalam apa yang dikenali sebagai 'afterimage negatif.' 
Awesome bukan?? EpicLah!




31 January 2012

Red Velvet sedap + Gaji

Hari ni tak ada EpicLah! tapi harini gaji, yahooo! Jadi macam-macam la benda yang harus di uruskan nak 
bayar kereta, rumah, bil air, elektrik dan lain -lain. hehe. Benda yang pertama yang kena beli adalah barang-barang keperluan diri. Ni aku nak cerita tentang Kek Merah Baldu (red velvet cake) 


Packaging yang menarik! 

30 January 2012

epic! keindahan matematik!


Seperti sedia maklum mesti ramai yang tahu bile sebut matematik je perkataan susah mungkin yang akan 
keluar dulu betul tak?? hehe.. Dan ada juga yang power kalau bab matematik ni. 
Tetapi di sebalik nombor - nombor tu tersirat sesuatu yang indah!





Keindahan matematik cuba kita lihat!


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%   :)



Best EpicLah!

Epic! Fakta menarik manusia!

Sebanyak 50% lelaki lebih banyak yang kidal berbanding dengan wanita!




Mr Alfred M.Butts ialah orang yang mencipta permainan Scrabble dan mula - mulanya permainan itu 
di kenali sebagai 'Criss Cross Words'



20 January 2012

Epic! mug dan cawan yang unik!

Pada kebiasaannya kita selalu tak ambil kisah sangat dengan cawan atau mug yang kita nak guna untuk minum janji bersih, dan ada juga nak yang cantik untuk perhiasan di dapur , ade juga yang nak pelik design nya.
Agak-agak korang suka yang macam mana punya ye?


Khas untuk Photographer , tapi ini bukan real mug hanya concept design.



Mug ini akan membantu korang untuk campuran teh yang konsisten dan rasa yang sempurna, berdasarkan bahagian dalam panduan berkod warna!



Ianya direka untuk sesiapa yang suka untuk mencelup biskut dalam minuman.



Mug ni mempunyai tempat simpan biskut.

Epic! Weird cars! (12 photo)

Setiap orang ada ciri - ciri kereta idaman mereka sendiri, mahukan yang kecil? besar? mahu pun yang sederhana, dan ada juga suka mengubah suaikan kereta dengan cara mereka tersendiri yang memang super extreme dan epiclah! 

Jerung menganas dijalan. awas!



Kereta pun boleh jadi kembar siam!



Car Turtle! 



Kereta Kotak. awesome! 



Dah macam gangstar! hehe..



I love to feel the wind naturally! EPICLAH!

EPIC! t-shirt design yang gempak! (12 photo)

Kalau aku dulu suka sangat nak pakai t-shirt yang ade perkataan atau design sememangnye gempak! Dan sekarang ni aku nak tunjuk kan beberapa t-shirt yang aku rasa memang gempak la. 

Hanging Baby




FedEx



Siapa yang rasa-rasa tak cukup panjang rambut tu boleh cuba t-shirt ni. :)



Kalau korang rasa "tough" ni the best! hehe.


If you dare to wear it girl! :)


19 January 2012

Epic! kawal komputer guna mata!

Sesuatu yang agak susah untuk membayangkan sebuah komputer riba atau desktop korang boleh di kawal dengan mata sahaja! Tetapi sebenarnya teknologi ini wujud dan sepatutnya akan ada di kedai dalam masa beberapa tahun lagi.

Cuba lihat video ini



Syarikat Sweden Tobii, seorang perintis dalam pengesanan mata teknologi (ini yang aku google la tentang dia), telah menemukakan satu cara mengawal skrin komputer riba atau desktop dengan mata korang yang menggerakkan dalam suku inci! epilah!

14 January 2012

SEMAKAN ONLINE BR1M!



SEMAKAN ONLINE BR1M , STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500 , Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank di seluruh negara. Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan. Atau korang boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my.Insyallah korang akan dapat serta merta status permohonan tu.

Epic! IQ Test!

Cuba fikir sekejap, korang pandai bermain kata-kata kan? Macam mana kalau aku ambil sekumpulan huruf dan asingkan mereka dari abjad boleh tak korang  mengeja dan buat perkataan??  

Dalam masa 90 list down sebanyak mungkin perkataan yang tak ada huruf A,B,C,J,K,M dan P!

Epic! Failed.. Kentang bawang..

Epic! title yang memberangsangkan.. hehe.. Dah sedia maklum yang korang semua tahu yang kentang akan semestinya berupa sebegini rupa.
cer tengok cer tengok..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

image credit to google


Ok, itu yang korang tahu la yang ni pulak apa kes?? 
cer cerite cer cerite....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...