Nuffnang ads
Showing posts with label NEWS. Show all posts
Showing posts with label NEWS. Show all posts
04 April 2012
Taktik Perompak! Terkini 2
Ini Bukan Gurauan..
Sedarlah semua! Tolong sebarkan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.
16 March 2012
Taktik Perompak! Terkini!
Berhati - hatilah selalu tidak kira la lelaki atau perempuan. Pelbagai taktik di lakukan untuk merompak. ni salah satu nya. Hati-hati ye kalau bawa duit banyak sorang-sorang.
P/s: Sesiapa yang agak kaya tu kalau nak keluar duit tu low profile la sikit..hehe!
P/s: Sesiapa yang agak kaya tu kalau nak keluar duit tu low profile la sikit..hehe!
13 March 2012
Kisah Dirang @ Nurul Nadirah
Kekejaman manusia pada harini meningkat dengan kejadian-kejadian bunuh yang membabitkan warga emas,kanak-kanak, lelaki,wanita,warga tempatan mahupun warga asing yang selalu kita dengar dan lihat dari media massa. Di manakah keprihatinan kita sebagai seorang manusia? Sungguh menyedihkan apabila cerita yang baru-baru ni aku baca tentang budak kecil baru berumur 5 tahun bernama nurul nadirah @ dirang yang hilang pada 1 MAC 2012 yang lalu.
Dimana keprihatinan ibu bapa terhadap kes-kes sebegini? sejak dari dulu lagi sudah terpampang kisah tentang kes penculikan, bunuh kanak-kanak dan pelbagai lagi. Tetapi masih ada lagi ibu bapa yang mengambil mudah dan sambil lewa tentang perkara sebegini! Contoh adik dirang ini baru berusia 5 tahun yang baru mengenali dunia di lepaskan tanpa pengawasan. Apa yang mereka tahu? apabila di hampiri oleh orang yang tidak dikenali dan diberi sesuatu yang mungkin menarik hati beliau untuk mengikuti seseorang itu? Kesudahannya? Dia dibunuh dan mayatnya dibakar, apakah penderitaan yang dilalui oleh beliau? Moga adik Nurul Nadirah ditempatkan di Syurga hendaknya. AL-Fatihah buat beliau.
P/s: rogol,bunuh dan bakar sudah menjadi trend untuk menghapuskan bukti dan jejak , manusia zaman ini makin kejam, tolong jaga keselamatan anak-anak anda walau dimana jua.
Subscribe to:
Posts (Atom)


