Nuffnang ads

13 March 2012

Kisah Dirang @ Nurul Nadirah

Kekejaman manusia pada harini meningkat dengan kejadian-kejadian bunuh yang membabitkan warga emas,kanak-kanak, lelaki,wanita,warga tempatan mahupun warga asing yang selalu kita dengar dan lihat dari media massa. Di manakah keprihatinan kita sebagai seorang manusia? Sungguh menyedihkan apabila cerita yang baru-baru ni aku baca tentang budak kecil baru berumur 5 tahun bernama nurul nadirah @ dirang yang hilang pada 1 MAC 2012 yang lalu.



Dimana keprihatinan ibu bapa terhadap kes-kes sebegini? sejak dari dulu lagi sudah terpampang kisah tentang kes penculikan, bunuh kanak-kanak dan pelbagai lagi. Tetapi masih ada lagi ibu bapa yang mengambil mudah dan sambil lewa tentang perkara sebegini! Contoh adik dirang ini baru berusia 5 tahun yang baru mengenali dunia di lepaskan tanpa pengawasan. Apa yang mereka tahu? apabila di hampiri oleh orang yang tidak dikenali dan diberi sesuatu yang mungkin menarik hati beliau untuk mengikuti seseorang itu? Kesudahannya? Dia dibunuh dan mayatnya dibakar, apakah penderitaan yang dilalui oleh beliau? Moga adik Nurul Nadirah ditempatkan di Syurga hendaknya. AL-Fatihah buat beliau.


P/s: rogol,bunuh dan bakar sudah menjadi trend untuk menghapuskan bukti dan jejak , manusia zaman ini makin kejam, tolong jaga keselamatan anak-anak anda walau dimana jua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...